Tuesday, October 5, 2010

SEMALAM ADALAH SEJARAH. Hari ini adalah reality dan esok adalah misteri




Kisah semalam ada kalanya menjadikan hidup ini terlalu suram. Ada kalanya pula mampu membuatkan hidup ini terasa bahagia dan bercahaya. Semalam, sering kali menjadi kayu ukur untuk kita meneruskan kehidupan hari ini. Dan kadang kala semalam itu dibiarkan berlalu tanpa secalit pun kekesalan. Cukup dengan hanya mengambil pengajaran dari kisah yang telah berlaku, dengan harapan kisah silam itu tidak akan berulang lagi. Hari ini menjadi detik untuk dilalui. Detik yang mampu dicorakkan mengikut apa yang diinginkan. Detik yang menjadi tapak untuk insan mencipta bahagia. Detik yang menjadi reality dalam kehidupan.
Esok pula terlalu sukar untuk diramalkan. Entahkan bahagia, entahkan tidak. Tiada sesiapa pun yg mampu mentafsirkan hari esok. Segala-galanya hanya menjadi impian dan harapan. Namun, hari ini mampu menjadi tangga-tangga usaha agar esok menjadi reality yang bakal membawa bahagia di hati insane. Bersandarkan usaha, harapan dan doa untuk mengecap bahagia yang berpanjangan, impian bukan sekadar impian. Impian pasti akan menjadi realiti asal sahaja kuasa yang satu itu mengizinkannya untuk terjadi....
jdkn esok lebih baik dari arinie....

No comments:

Post a Comment

Pages

Jika aku jatuh cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...